facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Life of A Slave

Allah is not going to change someone's fate until you have that effort to change it.

bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

baiklah. dari tajuk dah nampak macam aku nie ada masalah. ye,masalah yg bagi aku Yg Maha Esa saja dapat selesaikan. pelbagai perkara yg trjadi pada aku. dan aku harap biarlah Allah yg akan mnyelesaikan untuk aku. aku penat dan aku terjatuh. aku tak rasa ada yg sudi mengangkat ku kembali kecuali Yg Maha Esa. aku emo! ye,itu aku. sekali aku syg aku akan syg dia selamanya. walau dia dah buat pelbagai perkara kepada aku. aku sakit. tapi,aku harus bangun. harus,harus dan harus. hari-hari yg aku jalani tidak seindah org lain mungkin. tp,hidup yg aku lalui bukan sepahit mereka yg mnderita di dalam penjara Israel.

biarlah, aku tetap di sini. ye,aku emo kerana dia. entah kenapa kebelakangan nie aku merasakan aku bukan untuk dia. entahlah. aku sendiri pun tak pasti dgn perasaan aku nie. aku cuma berdoa moga Allah mnjadikan yg trbaik untuk aku dan dia. kawan aku kata aku masih terlalu muda untuk berbicara semua ini. tp,bg aku inilah saatnya. aku perlu berdoa untuk jodoh aku. memang melampau tetapi aku sendiri di bawah kesedaran aku. apakah yg telah terjadi kepada diriku ini?

SPM. PILOT. and the list goes on. aku nak berjaya. tapi,kenapa aku begini? entahlah. kadang2,aku sendiri keliru dgn apa yg aku hadapi. moga Allah memberkati kami berdua dan moga Allah menjadikan aku yg trbaik untuk dia dan begitu juga sebaliknya. moga aku dapat menyayanginya kerana Yg Satu. Allah. :')

heartyoulove.it's hurt sometimes.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum. 

rasanya dah lama tak menulis di ruangan nie. memang lama sehingga rasanya cukup untuk membuatkan blog nie seperti medan yg tiada gunanya. tak apalah. apa2 pun,aku masih di sini. tetap berdiri untuk mengharungi hari seterusnya walaupun hati aku terus dilukai dari hari ke hari. aku tiada rasa untuk menulis. terlalu bnyak yg trpendam. tetapi,aku tau Allah masih mnyayangi aku dgn menurunkan semua kesusahan ini kepada aku. aku hamba yg kerdil dan Alhamdullilah kawan2 aku masih bersama aku. bukan semua cume yg tristimewa. aku akan sebutkan nama nama itu. NORAIN HANANI,SHAHIRUL HANIFF,NUR HUDA dan yg paling penting sekali ummi(ANISAH BINTI TALIB) <3 dan KAK NANI. terima kasih kerana hadir dan berada di sisiku.

aku lemah. aku tak matang. tapi,itulah aku. aku insan yg sentiasa belajar. dan aku terus mahu belajar. meski ku rapuh, tetapi aku bukan mudah untuk dipijak. aku ialah aku. aku sentiasa berada di sini untuk org meluahkan perasaan tapi aku sedar bukan semua akan berada di sisi aku saat aku mahu luahkan perasaan. aku amat menghargai sesiapa yg memahami apa yg aku rasai kerana aku tahu bukan senang untuk bersabar dgn org seperti aku. aku yg degil, hanya mengikut kata hati. tak matang. aku tau itu. tapi,aku punyai naluri. dan mungkin kerana naluri itu aku sebegini. semua boleh berubah dan aku menanti saat itu. perubahan.

kepada sesiapa yg membaca,terus nasihati aku kerana aku bukan insan yg sempurna. dan pada insan yg mngkhianati aku,terima kasih aku ucapkan. Moga Allah merahmati ke atas kau. itu sahaja dari aku untuk kau. aku tak sebaik kaukan?

specially for:Norain Hanani,Shahirul Haniff,Nur Huda,Anisah Talib,Kak Nani. :')

heartyoulove,aku masih di sini.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum.

ombak rindu? mesti ramai yg pelik dgn sy. kenapa mesti nak cakap pasal ombak rindu? sebenarnya,sy tak tengok pun filem dia. sy tak tipu. saya hanya baca buku dia dan itupun versi lama punya. sy tak tgok lagi bukan sbb tak nak tgok. dah lama nak tgok tapi mesti ada yang menghalang. jadi,sy pun memerhati hanya sekadar dari jauh. nak tgok tapi sentiasa tak berpeluang.

apa2 pun,ada sesetengah yg mengatakan cerita ini sedih dan ada juga yg mengatakan cerita ini tiada apa2 untuk ditangisi. sy pun tak faham. cume,sy cukup tersentuh apabila izzah snggup tunggu hariz. snggup brkorban untuk dia. apa yg sy kisahkan di sini mungkin tiada di dalam filem yg diadaptasi itu. hanya trdapat di dalam novel kerana bukan smuanya diadaptasikan.

orang kata kalau baca novel nie,mesti menangis. sy baca dgn tiada perasaanya kerana sy mmpunyai tekanan yg lain. hmmmm. terpaksalah baca dgn tidak berperasaannya. sabar jela.

anyway,this film is not giving any benefits except we must keep the loyal feelings in our hearts. that's all. ada lagi,tapi kena baca barulah kita dapat memahami apa sebenarnya yang cuba disampaikan. it's not just about a girl and a guy. it's just more than that. go and lend the novel from someone and read. then,you will understand what i mean by it's not only about a girl or a guy.

heartyoulove.air mata keluar hanya sebab awak je.
terima kasih.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum.

jgn terkeliru ye. nie merupakan perkahwinan akak kepada akak angkat saya. kepada sesiapa yg tak memahami, faham2lah sendiri ye. hehehe. so,inilah gambar yg dijanjikan untuk bestie sy,Norain Hanani Omar. :)
nie merupakan semasa mereka akad nikah di masjid kota damansara.
dari sebelah kiri,adik kpd kakak angkat sy rasanya(tak sure),kakak angkat sy(kak musfirah),the bride and the groom and finally their brother. :) cutekan? :p

keluarga sebelah perempuan. jgn salah anggap ye! mereka berdua tidak bersanding. ini sekadar gambar yg ditangkap untuk tatapan keluarga terdekat.

kakak angkat sy bersama pengantin perempuan,nur afiqah. :)

bersama keluarga sebelah lelaki. jgn salah anggap, mereka tidak bersanding. hanya sekadar bergambar untuk keluarga.

peace from the broom. they looks great together. wish you a happy life.
bekas imam masjid kota damansara.
dalam kenangan.
kami mendoakan kamu.
barakallahulakuma. :)


itulah dia. gambar2 perkahwinan bekas imam 2 masjid kota damansara bersama tulang rusuk kirinya. moga perkahwinan mereka hingga ke akhir hayat. amin.

heartyoulove.moga kita seperti ini.
amin amin ya rabbal alamin.
moga Allah mengizinkan sy untuk menjadi tulang rusuk kiri awak.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum. :)

actually,too many things in my mind. i have set up all so it's easier for me to write all in this blog. hehe. merentas desa. act,excited terlebih nie. excited sbb inilah peluang untuk kuruskan badan yg dah agak gemuk nie. heheh. dia dah mencabar saya untuk menguruskan badan. so,i have to take his challenge. baiklah. lupakan semua. sy ada perkara yg lebih penting untuk diceritakan sekarang ini. :D

hari merentas desa. excited! as usuallah. semua benda mesti dilakukan dengan secara teruja kalau tak, tiadalah rasa bersemangat untuk memulakan sesuatu itukan? :) pagi2 lagi,budak2 form 2 aysk sudah membakar semangat sy yg memang sedia ada terbakar. hehehe. credit to,ain fatihah,PKD sy izzana zuhaimi dan beberapa lagi adik2 junior mgs sy. tak larat rasanya nak tulis smua. :D maafkan sy ye. :) okey, nak smbung. sampai je mgs aktiviti rutin. bacaan yasin pada hari jumaat. :)

selepas bacaan yasin tamat,sampai masanya ke dataran bestari. bestari ke harmoni eh? confused seketika. huhu. biarlah. janji dataran. hehehe. berkumpul kat sana untuk melakukan aktiviti regangan. aktiviti regangan pun berakhir dgn kurang jayanya akibat terlalu padat. biarlah. kami,pelajar tingkatan 5 pun dilepaskan oleh cikgu dari sekolah. mula2,sy berlari dgn semangatnya. lama2 berjalan laju jelah jawabnya. entah kenapa badan terasa lemah dan berat untuk berlari. mungkin kerana sy tak cukup rehat. huhuhu. *jgn kata nie alasan kerana ssungguhnya ini kenyataan.

lari punya lari. act,tak lari tapi berjalan laju. hehehe. dalam perjalanan,kepala dah pusing dgn kaki yg dah sakit akibat terkehel semasa dalam perjalanan. terkehel sbb terpijak batu yg brada di tgh2 laluan pejalan kaki. huhu. sakit tapi teruskan jela. sekali,sy jumpalah classmate sy yg brnama aina nie. dia mngadu kepala dia dah pening dan rasa pitam. dia kata dia nak pengsan. i just said to her to be patient and went to school first sbb tgh2 jalan tu memang tak ada pbsm yg boleh membantu. kitaorg berlari2 anak menuju ke sekolah. depan skolah dia dah pegang kepala. dah risau dah waktu tu.

then,sampai je depan skola dia pengsan depan sy. sy yg pegang dia. memang trkejut sngat2. suasana kat situ dah kecoh. selepas diberikan rawatan,nmpaknya aina tak mampu nak berdiri. jadi,sy temankan dia ke hospital Tengku Ampuan Rahimah menaiki ambulans pertahanan awam. merupakan satu pengalaman baru bagi saya. sesampainya sy di sana,sy mndaftar untuk dia. tetiba,mr ong kesayangan mgs tu pulak dtg dgn seribu prtanyaan. sy mnjawabnya dgn tenang walaupun dalam hati ada sekelumit rasa geram pada dia. huhu.

then,sy pun teruslah masuk ke bilik yg dipanggil zon kuning. di sana sy membantu seorang akak untuk pergi ke tandas menaiki kerusi roda. selepas itu,dia kata sy boleh jadi nurse. sy cume mminta dia untuk mndoakan sy mnjadi seorang pilot. :') itu sahaja permintaan saya. selepas itu,sy mula mendapatkan kawan sy semula. ada seorang abg itu meminta sy untuk membawanya ke bilik x-ray. first time sy tgok bilik x-ray. bilik tu agak menyeramkan pada yg pertama kali masuklah. mcm sy. hehe.

selepas keputusan x-ray dikeluarkan kami brdua mengambil keputusan untuk membuka dan membacanya. bila kami tgok,kami brdua trcengang. dua2 gelak. harap je belajar bio tapi bukan reti pun baca gambar x-ray tu. hehehe. belajar tentang tulang tapi bila tgok tulang sendiri pelik. hehehe.sy pun bawa dia pulang ke zon kuning. selepas itu,adalah dua org staff di situ yg sy takkan lupakan. first,abg nurse yg dikatakan patah oleh kawan sy nie. second,muka doktor yg mcm zamir. tnggal dia kurus skit je lagi nak sama. hehehe.

apa lagi nak diceritakan ye? cerita panjang2 pun bukannya org excited nak baca sprtimana excitednya sy menceritakan pngalaman sy. apa2 pun,sy berasa beruntung melalui hari nie. terima kasih sy tujukan kepada aina najwa kerana mngurniakan sy pngalaman ini. moga anda cepat sembuh!

heartyoulove.sy bertahan kerana awak.
trust me.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Allah's slave that is looking for good things every bad experience.

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  June 2025 (1)
  • ►  2023 (1)
    • ►  April 2023 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (2)
    • ►  March 2020 (2)
  • ►  2016 (3)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  February 2016 (1)
  • ►  2015 (11)
    • ►  December 2015 (3)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  May 2015 (3)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  February 2014 (1)
  • ►  2013 (15)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ▼  2012 (43)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  October 2012 (4)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (3)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (3)
    • ►  May 2012 (4)
    • ►  April 2012 (6)
    • ►  March 2012 (6)
    • ▼  February 2012 (5)
      • akhirnya, aku?
      • life is not easy as we think.
      • ombak rindu.
      • walimatul urus ahmad amirul amin dan nur afiqah.
      • kejohanan merentas desa.
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (68)
    • ►  December 2011 (14)
    • ►  November 2011 (39)
    • ►  October 2011 (15)

Categories

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates