facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Life of A Slave

Allah is not going to change someone's fate until you have that effort to change it.


bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum. :)
sila baca dgn dimulai dgn ucapan suci daripada yg Maha Esa. :')

Dgn Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

YaAllah, lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg di pilih Allah utk berjumpa Nabi SallaLahu’alaihiwas allam melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427 H bersamaan 10 August, 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduliLlah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

AlhamduliLlah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk habis menghafal 30 juzuk KalamuLlah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada di kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik-adik, SubhanaLlah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya di sana . Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ana InsyaAllah.

Akak ni memang di uji dengan sakit yg tak tau apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit d bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yg x pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tau. Dh lama dia tak daya ke kelas sebab sakitnya membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga susut badannya hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari-hari yang di laluinya beliau penuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus-terusan menyakitinya. Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dah banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, berjumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam sendiri dan akhir sekali dengan sorang lecturer di sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pesan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi khamis tu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg di gagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan apa yg mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dh tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja d bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yg mungkin dah tak tanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd RasuluLlah SallaLlahu’alaihiwa sallam sendiri”.

Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat sebilik mengangkat beliau ke dalam bilik dan di baringkan di sana . Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pd kawan-kawan yg lain agar bacakan surah Yasin sbb beliau dah nampak nazak. Semua dah sedia dgn nombor-nombor ahli keluarga beliau utk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dgn tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang HambaAllah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambarkan. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Di rasakan seluruh kesengsaraan yg di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, HambaAllah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”. SubhanaLlah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubah putih dan kain serban Nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” , -’sekarang enti(kamu) berada di masjidku, Masjid Nabawi’-. Allahuakbar.

Kemudian Baginda Nabi SallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” , – sungguhnya Allah bersama orang-orang yg sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan KalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam. SememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (in lughatul ‘arabiyah, tp kami terjemahkan) , “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati enti, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana” . Ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal ummat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . Waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan, “Sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan Islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti” . Lepas tu Nabi kita lafazkan, “Ummati.., ummati.., ummati…” , dan beliau nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yg suci mengalir utk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “Jgn pergi Ya RasuluLlah” , tp Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi
kita yg mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakan tak pasti, apakah baginda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini atau…xtaulah, waLlahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya, beliau d kelilingi oleh kawan-kawan yg terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jgn pergi Ya RasuluLlah.. .” . kemudian beliau pun menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yg akan kita kejar di akhirat kelak.

Ya Allah, waktu tu, takde kata yg lebih tinggi drpd kalimah AlhamduliLlah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan-insan yg lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Ketika itu rasa sakit masih menular d tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Kemudian usai solat Zuhur, rasa sakit yg beliau tanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. ‘Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ni berbanding nikmat yg Allah dah bagi utk melihat Baginda Nabi SallaLlahu’alaihiwa sallam’.

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada d tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg nk Engkau bagi buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dgn-Mu Ya Allah…” . kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, “Assalamu’alaikum Ya Syamimi, RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas sallam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah SAW. “Nahnu khulafa’ ar-rasyidin” . Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “. SubhanaLlah, Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yg mulia.
Beliau nampak, Saidina Abu Bakr, amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan “Kami di utuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.” . kemudian keempat-empat sahabat nabi membacakan ayat 102 drpd surah Al-Baqarah yg bermaksud:

” Dan mereka mengikuti apa yg di baca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu”.

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. SubhanaLlah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yg sakit dahulu di tukarkan Allah dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg dah lebih setahun di tanggung beliau dgn sabar. Kemudian Saidina Abu Bakr mengatakan, “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar” . Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus bangun duduk. Kawan-kawan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun utk duduk dgn mudah . Kemudian sahabat-sahabat sebilik menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduliLlah dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh” . Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah Subhanahuata’ ala. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat menjadi hamba-mu yg bersyukur atas ni’mat yang Engkau berikan” .

Beliau katakan pada kami, “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Nabi. Akak yang di beri rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengan Nabi. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tp menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi Allah ni, maka hidup mesti di teruskan. Sekarang ni hati akak tenang sangat.. Kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yg Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan; “tak rugi kita bersabar…”

Salam pokcik, kaifahal? Ana asif jiddan sbb lmbt send cita ni. Bukan apa, ana tunggu beberapa org sahabat edit. Bimbang ada yg ana tersalah faham sepanjang bersama k.syamimi. Supposely ana bg k.mimi sendiri baca blik, tp segan nk susahkan die. Lagipun ramai yg bertimpa2 pergi tny pengalamn die. Sebenarnya bnyak g kata-kata beliau x sempat ana nk sertakan kt cni. Ni je yg mampu ana usahakan. Kiranya ada apa2 khilaf berbanding drpd pengalaman sebenar beliau, ana mohon ampun pada Allah Subhanahuata’ ala. Mudah2an ada manfaatnya pada kita semua, insyaAllah. Selamat menyuburkan cinta pd Nabi SAW buat ikhwah akhawat d bumi anbiya’. Ma’assalamah.

..berderaian air mata mengalir..rindu dirimu Ya RasululLah SAW..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

okeyyy. this is weird. i have received so many messages on facebook from various type of guys. i do not know them. so,why should they msg me just want to ask my news? i dont even understand them. do i have to block them so they cant ask my news as well to prevent myself from all of this strangers?

whatever. i have to tell all of you about this story. once time ago, i have crush on someone. and noww of course i dont even have a feelings towards him. but,the weird part is when suddenly he pm me on fb. it just weird? what for? i asked him about his intention but i have this kind of answer. "kenapa? tak boleh ke nak tegur? " what the ? is that the answer or the question? whatever. i have replied all his question and suddenly he leaves me without a notice! oooooohhhhhhhhhhhhhhh myyyyyyyyyyyyy! what a nice guy! i loathe him for this. i loathe a person that do not know how to appreciate others feeling! hey,i'm not a bit** that you just leave away when you done used it!

i'm a normal girl that hate when someone leaves me without a notice! thats all.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. :)

alhamdullilah, dapat cakap dgn akak kat jordan. :') rindu nak baca kata2 semangat dia sebenarnya. :') dia bagi kata2 semangat seperti ini. :')


wat relax , susun jadual n mse stdy..
bykkan wat solat sunat.

ape2 pun farhana usaha dgn baik.
doa yg trbaik.

usaha slgi mmpu n doa yg baik2.
akhirnya , tawakal.
Allah tahu ape yg trbaik utk kite.
tp kne usaha!

byselah tu.
mnusia rse dh ckup.
sbnarnya , cra trbaik , kite kne cube jd lbh baik.
kjyaan yg dh lpas , xkn berulang klu wat byse je.
fham kn?
mse blum dpt kjyaan kite usaha kn , so ble nk lbh brjya , msti lbh usaha


first picture. senyum nipis je dapat cakap dgn akak. :')

second picture. dah boleh tersenyum tebal. :D
berfikir dan terus berfikir apa yg akak cakap.
mula dah berangan............ LOL
akhirnyaaaaaaaaaaa! alhamdullilah. farhana yg dahulu kembali! :)








Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. :') *nervous nak tulis nie.

okeylahhh. actually wanna write about someone. :') nervous nak tulis pasal orang nie sbb suatu masa dulu dialah orang yg menjadi pilihan di antara dua. orang kata kalau kita ada yg kedua maksudnya kita tak sayang pun yang pertama and this thing goes to me. memang betul kot orang tak sayang pun orang yg pertama tu. in fact, syg tu hanya berada di tepi bibir. apabila dilukai sememangnya perkataan sebegini akan terkeluar dengan kadar yang segera.

tak apalah. teruskan dengan apa yang berlaku. sy syg orang nie bukan sebab apa2. tp,akhirnya sy mengundur diri. setelah saya mengundur diri, perkara nie akan terjadi balik di mana ada pihak yang akan bercakap tentang saya dan dia. perkara nie tidak diketahui oleh sesiapa pun. malahan, sy tak akan bagitahu nama orang yg sy syg tu di sini pun. tak tahu berapa kali saya harus diam dan menafikan diri saya daripada terus menyukai dirinya.

sy nak satu hari nanti sy menjadi yg halal untuk sy. sy nak sentuh dia, nak jumpa dia dalam keadaan dia yg halal buat saya. saya tahu saya serba kekurangan dan oleh sebab itu saya perlukan dia untuk melengkapkan hidup saya. biarlah semua nie antara saya dan Allah. saya berharap dia akan menjadi yg terakhir buat sy dan sy berharap restu Allah di dalam semua nie.

kepada kawan2 di luar sana, i hope the prayers from all of you. :') sy tak akan cuba dan Insyallah tak akan buat apa2 sampailah dia yg memulakan terlebih dahulu. sy juga berharap Allah membantu saya untuk menjadikan dia yg halal buat saya. cukuplah setakat itu. btw,dont ask who is the person because i'm going to said 'secret' . :))))) just,doakan yg trbaik ye. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

okeyyy. i'm sad now its all just because freaking damn story about something. i just HATE it! i get sick just because all this people hurt me trough the story that they do not know. i'm hurt. and now i think i'm going to follow my own path of life. i hate to being nice again. i think i want to change into a bad one so that there is no one would hurt me? Why do everyone need to hurt me? what is my fault?

confront me and just speak it out! i'm here to hear the whole story. i hate when you are telling some kind of freaking damn stories behind me! wt*. come on lahhhh! u said that you are brave enough but you act like a coward! be in my shoes and you will know how i felt when you been critised by someone that you love! be in my shoes and feel it!

i'm here to challenge you! ergghhhhhh. i'm having gastric back just because of you! i HATE it a lot because my examination is around the corner. so,please. do not mess up with me. i know that you are more clever than me and i'm not as clever as you. do leave me alone and do not mess up with me. go and find someone else to ruin their hopes on you. but,not me! i'm going to stand by my own feet. and i'm proudly said that i love myself a lot. i'm here to do some kindness for my parents. not to hear your FAKE story for a whole day.

i know that you are so clever and do not have anything else to do. go and find someone else for you to disturb. but,please. not me, myselffffffff! i HATE you. and myself hardly HATE someone. and you are the lucky person because you are just have to be happy that now you just had become someone that I HATE!

*go and find your own life lahhhhh! i'm fed up with your attitude. u are such a ...............
May Allah blessed you.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum tuan yg dipertua, wakil kerajaan, wakil pembangkang serta ahli dewan yg bersidang sekalian. *ehem2. dah terikut gaya budak debat. hehehhe. :D

okeyy. first of all, ana menjaga pelajar SMAP Kajang B. maksudnya pasukan juniorlah. ana tak sngka pada mulanya ana akan dapat team yg sebegini rupa kerana pada mulanya ana menyangka team nie sudah tentulah hebat2 belaka. ana tak dapat nafikan mereka semua hebat tapi ana tetap perlu mengatakan mereka perlukan banyak latihan untuk mengasah pedang mereka yg masih tumpul. walau bagaimana pun, ana melalui pengalaman manis pahit bersama mereka dan ana rasa bersyukur kerana mereka boleh menerima ana di dalam pasukan.

ana? jgn tanya kenapa ana gunakan ana. nie smua pengaruh daripada timbalan kerua pembangkang/ timbalan  perdana menteri muhammad danish bin jazlan. dia yg bagi pengaruh nie kpd ana. mngkn ada yg menganggap ana nie sbgai nama panggilan kepada diri. sbnrnya ana nie mrujuk kepada saya yg diertikan dalam bahasa melayu. ana itu bahasa arab dan ana senang mendengar pelajar2 SMAP Kajang menggunakan bahasa nie. nampak sangat sopan dan teratur bunyinya. ana merasakan ana lebih bersikap baik dengan menggunakan bahasa nie.

akhir sekali, ana cuma berharap esok pusingan kalah mati separuh akhir SMAP Kajang A akan mara ke pusingan akhir. doakan untuk mereka dan junior2 mereka yg merupakan junior di bawah pengawasan ana. ana berasa gembira mendapat mereka sebagai junior debat ana. akhir sekali, assalamualaikum. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. :')

okey,jap lagi nak pergi kelas and sempat update sbb dah lama sangat sangat tak update. btw, nak wish akak  saya. Fatin Nurizzati. sy dgn ini mengaku bahawa saya memang terlupa brthday dia dan saya mntak maaf sangat2. bukan sengaja nak lupa tapi saya terlalu sibuk sangat sekarang nie. maaf maaf maaf. :')

akak, adik nak akak tau yg adik rindu akak sangat2. and sebenarnya adik mengharapkan akak ada untuk adik lagi tahun nie. tapi,cm mustahil jela kan? :') akak kena teman luqman sbb dia lebih penting daripada adik. apa2 pun,adik akan simpan hadiah yg akak pernah bagi adik tu. adik akan simpan baik2. serious adik simpannnnn. :') akak jagalah diri baik2. adik sayang akak sangat2. :') <3

baru beberapa hari lepas, saya juga dikejutkan dgn berita bahawa kakak angkat saya yg sy tak pernah jumpa langsung nak melanjutkan pelajran ke jordan. walamakkkk! sedih bukan kepalang. siap menitis lagi air mata. dulu,dialah orang yg selalu ada bila saya perlukan. tapi,saya tau semua tu takkan kekal lama. :') dia jugak milik orang lain. saya cuma mampu mendoakan yg trbaik buat dia. saya harap semua pun mndoakn yg sama buat dia. kak Syahira Haryani Yazid. <3

for both of my sister, thanks for everything. saya sayang anda berdua sangat2. serious sayang sayang sayang sayang sayang! jaga diriiiiiii. jaga hati. jaga iman. selalu ingat adik sentiasa ada untuk akak2. :)

akhir kata, saya Nur Farhana Binti Mhd Syafie dgn nie mngumumkan bahawa sy syg anda brdua sangat2. ! :') jangan pernah lupakan atau tinggalkan saya kerana saya berdiri kerana anda berdua! May Allah bless all of us. Amin. :')
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Allah's slave that is looking for good things every bad experience.

Blog Archive

  • ▼  2025 (1)
    • ▼  June 2025 (1)
      • Blood Brothers Bara Naga: The Impact
  • ►  2023 (1)
    • ►  April 2023 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (2)
    • ►  March 2020 (2)
  • ►  2016 (3)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  February 2016 (1)
  • ►  2015 (11)
    • ►  December 2015 (3)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  May 2015 (3)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  February 2014 (1)
  • ►  2013 (15)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (43)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  October 2012 (4)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (3)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (3)
    • ►  May 2012 (4)
    • ►  April 2012 (6)
    • ►  March 2012 (6)
    • ►  February 2012 (5)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (68)
    • ►  December 2011 (14)
    • ►  November 2011 (39)
    • ►  October 2011 (15)

Categories

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates