sakai. thinking of you.

by - 9:52 AM

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum.

rasanya aku dah lama tak mencatat di sini. nak buat cmne. takada masa dan sekarang nie pun jam menunjukkan pukul 12.40 dan aku masih di sini mencatat segalanya. aku,entahlah. pelbagai perasaan berada dalam diri aku sekarang. kekadang sampai aku terfikir adakah aku alpa dengan semua nie? adakah keadaan menjadi semakin buruk untuk aku? entahlah. malam nie aku hanyut dalam layanan lagu2 korea bersama budak2 dorm aku. :')

aku ingatkan dia. AN. aku ingat dia tapi dalam masa yang sama aku tak dapat lupakan si dia yg berada di aspura itu. ikhlas aku cakap aku tak pernah terfikir yg aku dan dia akan serapat ini. aku tau smua orang akan cakap pasal aku dan dia. tapi,apakan daya aku? aku dan dia. hanya kami berdua yg mengetahui. mungkin hubungan ini tidak akan berkekalan lama. ini cuma hanya kemanisan yg sementara. puas aku pujuk hati aku. tapi,akhirnya perkara yg sama juga berlaku. aku mengikut kata nafsu. ya Allah,memang aku nie insan yg lemah. lemah sangat.

insan yg perlukan bimbingan. aku berharap aku akan mnjmpai org yg boleh membimbing aku ke jalan yg benar di dunia dan di akhirat. Amin. :') aku sayang AN tapi dalam masa yg sama aku penat untuk mempertahankan perasaan aku. aku cuma berharap aku tidak mengikut kata nafsu. aku berlindung daripada Syaitannirajim yg membuatkan aku sentiasa mengikut hawa nafsu.

thinking of you menjadi theme picture lappy aku malam nie. memang melambangkan hati aku. aku pernah je jadi cm nie sebelum nie. mungkin disebabkan aku yg banyak berfikir. terlalu terlalu terlalu banyak berfikir. :')

aku cuma berharap AKP akan berjalan lancar dgn kehadiran dia di situ. aku berharap dia akan menimba ilmu pngetahuan yg banyak di sana dan aku berharap hati aku tidak akan terluka untuk kesekian kalinya. Amin.

You May Also Like

0 comments