facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email

Life of A Slave

Allah is not going to change someone's fate until you have that effort to change it.

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum.

okeyy. this time i though about writing something yg berilmiah. :) something untuk share tntang apa yg aku belajar di masjlis ilmu. :) lets get started! :)

masjid merupakan rumah Allah. dan masjid merupakan tempat yg paling mulia di atas muka bumi ini. istana raja yg brada di KL tu pun tak semulia masjid kerana masjid merupakan rumah Tuhan yg telah mncipta serta memberi nyawa kepada kita. setiap langkah ke rumah Allah nie, malaikat akan brdoa kepada Allah untuk mengangkat darjat kita. malaikat juga akan mndoakan untuk pngampunan dosa kita selagi itu dosa kepada Allah dan bukan kepada manusia. doa malaikat tidak patut diperlekehkan kerana doa para malaikat akan dimakbulkan oleh Allah. jadi, janganlah kita pandang enteng kepada semua ini.

nabi pembawa rahmat di atas muka bumi ini. jadi, wafatnya nabi seperti kehilangan satu bahagian daripada tubuh kita kerana baginda merupakan rahmat buat semua. dan ditegaskan dalam Al-Quran islam merupakan agama kasih sayang yg Allah turunkan kepada hambanya. Agama memudahkan sesuatu dan bukan menyusahkan. kita diberi panduan oleh Allah atas sesuatu itu. diturunkan nabi, diturunkan wahyu agar kita tidak sesat. betapa sayangnya Allah pada hambaNya. Janganlah kita melihat islam seperti mana orang buta melihat gajah. mereka memegang belalai dan dikatakan gajah tu panjang. mereka memegang ekor dikatakan gajah itu halus dan mereka memegang telinga dikatakan gajah itu nipis. janganlah menjadi seperti itu sahabat. ambiklah islam dari semua sudut. Islam ada disebut oleh Allah di dalam surah Al-Maidah. Islam merupakan agama yg serba lengkap yg tidak kurang satu pun.

Islam juga ditakrifkan dalam kitab Sheikh Al-Qadarawi yg merupakan ulama' besar dunia sebagai cara hidup yg lengkap yg perlu difahami. di sini juga Rasulullah menuntut kaumnya untuk menjadi orang yg berilmu. kerana jika tanpa ilmu hitam akan disangka putih dan begitu juga sebaliknya. Imam Syafie pernah berkata carilah ilmu dgn penuh kesungguhan kerana ilmu tidak akan diperolehi jika tiada azam yg kuat di dalam diri. Beliau juga berkata ilmu tidak diperolehi dgn jangka masa yg pendek. ia akan mengambil masa untuk mncari ilmu. seorang ulama' besar mencari ilmu selama 30 tahun. beliau berkata 15 tahun beliau hanya bermain dan tiada kesungguhan. setelah 15 tahun, beliau brsungguh dan mula menuntut apa yg dinamakan ilmu. Subhanallah. Maha Suci Allah. beliau merupakan seorang ulama' besar yg mengajar sekarang. Moga dipanjangkan umur beliau untuk kita mnuntut ilmu dgn beliau.

Islam itu sempurna dan tiada cacat cela kerana datangnya islam itu daripada Allah. Allah itu smpurna dan tiada kekurangan padaNya. Selain itu, selama nie kita berzanji tanpa mengetahui apa itu berzanji. berzanji itu merupakan riwayat hidup Rasulullah. :)

#moga post kali nie mndatangkan manfaat buat semua. salah dan silap,kemaafan didahulukan daripada saya yg merupakan insan yg kerdil. Moga Allah merahmati semua.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum buat sahabatku. :)

okeyy. i will make it all this straight. i go through all my posts before this and Ya Allah memang banyak kesalahan dan kekhilafan saya. tulis pasal heart semua. dia tak semestinya akan jadi milik kita kan? i shouldnt done that at the first place and now i'm regret for doing that. oh myyyy! *sighh. baiklahhh. lets make this clear. sy trbaca balik ayat saya yg brbnyi jangan smpai suatu masa nanti awak lihat saya takada lagi di sisi awak. baik, ayat nie memang ditujukan buat awak and now rasanya ayat tu perlu diberikan kepada awak.

dah tak tau cmne nak tulis and terangkan. kalau dulu, awklah bakal zauj. kalau dulu awaklah heart. tp,entah kenapa semua menjadi sesingkat ini? sy pun tak faham. mulai dari saat sy menulis ini, sy brmohon di bawah lembayung rahmat Ya Rabb atas semua kesalahan yg telah saya lakukan dulu. and sy ingin menarik balik semuanya kerana semuanya di atas ketentuan Dia Yg Maha Esa.

Dia Maha Mengetahui. and sy cuma bermohon kepada dia untuk tunjukkan kepada saya siapakah yg akan memimpin sy untuk menuju ke jannahNya di kemudian hari. no more heart, no more future zauj. yg ada cumalah kawan biasa sehingga betul2 awak dan saya dijodohkan bersama di atas suatu ikatan yg halal.

after this, biarlah Allah yg menentukan segala. no more hopes and surely no more tears for something that are totally ridiculous. let Allah decide everything for us. one of my friends said do pray for him for the study, exam, life and hereafter. :) i guess do pray for me also. :)

until then, May Allah blessed us. :)

servants of Allah,
farhana
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. :)

seriously malas nak sentuh blog nie sbb macam takada apa yg nak diubah and takada apa yg nak dibicara. hanya tinta2 dan ayat2 yg kosong dibawa angin lalu. kali ini, aku mengingatkan diri aku untuk lebih peka akan sesuatu yg boleh dijadikan bahan bacaan yg bermanfaat untuk semua.

baiklah. balik kepada topik kita. ikhlaskah kita? kita solat lima waktu sehari semalam, ikhlaskah kita? kita menutup aurat, ikhlaskah kita? kita puasa sunat, ikhlaskah kita? kita bersedekah, ikhlaskah kita? cukup ikhlaskah kita apabila melaksanakan sesuatu amalan itu? persoalan demi persoalan yg bermain di benak fkiran ini. bimbingan imam dan ustaz telah menyedarkan aku apakah erti ikhlas yg sebenar.

marilah aku kongsi apa yg aku pelajari daripada masjid. ikhlas menjadikan tujuan hanyalah untuk Allah tatkala beribadah, iaitu jika engkau sedang beribadah maka hatimu dan wajahmu engkau arahkan kepada Allah bukan kepada manusia. Ikhlas juga hanya mengambil pedoman daripada Al quran dan as sunnah kerana itulah yg diinginkan oleh sang Pencipta.

kita harus sentiasa meluruskan niat. selagi ada hayat, selagi itu niat akan sentiasa teruji. niat asal yg baik dan suci boleh bertukar mnjadi keji jika kita tidak sntiasa muhasabah dalam perjalanan. jangan mengatakan jemu jika pesan tentang meluruskan niat diulang berkali-kali. ikhlaskan niat di awal amal dan sentiasalah meluruskannya sepanjang beramal dan setelah amal tersebut selesai dilaksanakan.

demikianlah yg berlaku dalam perjalanan sejarah Rasulullah S.A.W dan para sahabat. hadis tentang niat disampaikan oleh baginda setelah peristiwa hijrah, 13 tahun setelah berjalannya dakwah dan tarbiyah. tiba di perang badar, para sahabat diingatkan lagi untuk berperang hanya kerana Allah S.W.T dan bukan kerana marah. selesai perang uhud yang menyakitkan, para sahabat belajar bahawa niat untuk mndapatkan harta rampasan perang dan tidak mengikut perintah baginda adalah salah. ketika ada yg ingin masuk islam untuk dpatkan kedudukan-kedudukan yg trtentu , baginda terus memperbetulkan niat mereka dgn mnjanjikan syurga dan bukannya dunia.

bila bermuhasabah diri ketika kita berasa setiap kekurangan adalah penghambat kepada jalan menuju kejayaan. maka renungkanlah sudahkan kita ikhlaskan diri kerana Allah? sudahkan rasa ikhlas itu diberikan kepada Ya Rabb? sesungguhnya, nikmat ikhlas itu begitu indah kerana ada tangan-tangan Allah yg terus mengiringi dan akan memberikan pahala yang besar kepada sesiapa saja hambaNya yg ikhlas melakukan amalan ibadat kepadaNya.

moga kita trgolong dalam golongan yg ikhlas dalam melakukan segalanya kerana setiap perkara yg mengikut sunnah Rasulullah mrupakan suatu ibadat. marilah kita ikhlaskan diri untuk melaksanakan sesuatu tanpa perlu ada sekelumit perasaan mngharap balasan daripada yg lain.dan akhirnya ikhlas bererti kita tidak memanggil sesiapa pun untuk mnyaksikan selain daripada Ya Rabb.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Allah's slave that is looking for good things every bad experience.

Blog Archive

  • ►  2025 (1)
    • ►  June 2025 (1)
  • ►  2023 (1)
    • ►  April 2023 (1)
  • ►  2020 (4)
    • ►  April 2020 (2)
    • ►  March 2020 (2)
  • ►  2016 (3)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (1)
    • ►  February 2016 (1)
  • ►  2015 (11)
    • ►  December 2015 (3)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  September 2015 (1)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  July 2015 (1)
    • ►  May 2015 (3)
    • ►  April 2015 (1)
  • ►  2014 (4)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  May 2014 (2)
    • ►  February 2014 (1)
  • ▼  2013 (15)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  September 2013 (2)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  June 2013 (3)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (2)
    • ►  February 2013 (2)
    • ▼  January 2013 (3)
      • Kuliah Maghrib.
      • kekhilafan diri
      • ikhlaskah kita?
  • ►  2012 (43)
    • ►  December 2012 (2)
    • ►  October 2012 (4)
    • ►  September 2012 (2)
    • ►  August 2012 (3)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (3)
    • ►  May 2012 (4)
    • ►  April 2012 (6)
    • ►  March 2012 (6)
    • ►  February 2012 (5)
    • ►  January 2012 (7)
  • ►  2011 (68)
    • ►  December 2011 (14)
    • ►  November 2011 (39)
    • ►  October 2011 (15)

Categories

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates