ikhlaskah kita?

by - 12:38 PM

bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. :)

seriously malas nak sentuh blog nie sbb macam takada apa yg nak diubah and takada apa yg nak dibicara. hanya tinta2 dan ayat2 yg kosong dibawa angin lalu. kali ini, aku mengingatkan diri aku untuk lebih peka akan sesuatu yg boleh dijadikan bahan bacaan yg bermanfaat untuk semua.

baiklah. balik kepada topik kita. ikhlaskah kita? kita solat lima waktu sehari semalam, ikhlaskah kita? kita menutup aurat, ikhlaskah kita? kita puasa sunat, ikhlaskah kita? kita bersedekah, ikhlaskah kita? cukup ikhlaskah kita apabila melaksanakan sesuatu amalan itu? persoalan demi persoalan yg bermain di benak fkiran ini. bimbingan imam dan ustaz telah menyedarkan aku apakah erti ikhlas yg sebenar.

marilah aku kongsi apa yg aku pelajari daripada masjid. ikhlas menjadikan tujuan hanyalah untuk Allah tatkala beribadah, iaitu jika engkau sedang beribadah maka hatimu dan wajahmu engkau arahkan kepada Allah bukan kepada manusia. Ikhlas juga hanya mengambil pedoman daripada Al quran dan as sunnah kerana itulah yg diinginkan oleh sang Pencipta.

kita harus sentiasa meluruskan niat. selagi ada hayat, selagi itu niat akan sentiasa teruji. niat asal yg baik dan suci boleh bertukar mnjadi keji jika kita tidak sntiasa muhasabah dalam perjalanan. jangan mengatakan jemu jika pesan tentang meluruskan niat diulang berkali-kali. ikhlaskan niat di awal amal dan sentiasalah meluruskannya sepanjang beramal dan setelah amal tersebut selesai dilaksanakan.

demikianlah yg berlaku dalam perjalanan sejarah Rasulullah S.A.W dan para sahabat. hadis tentang niat disampaikan oleh baginda setelah peristiwa hijrah, 13 tahun setelah berjalannya dakwah dan tarbiyah. tiba di perang badar, para sahabat diingatkan lagi untuk berperang hanya kerana Allah S.W.T dan bukan kerana marah. selesai perang uhud yang menyakitkan, para sahabat belajar bahawa niat untuk mndapatkan harta rampasan perang dan tidak mengikut perintah baginda adalah salah. ketika ada yg ingin masuk islam untuk dpatkan kedudukan-kedudukan yg trtentu , baginda terus memperbetulkan niat mereka dgn mnjanjikan syurga dan bukannya dunia.

bila bermuhasabah diri ketika kita berasa setiap kekurangan adalah penghambat kepada jalan menuju kejayaan. maka renungkanlah sudahkan kita ikhlaskan diri kerana Allah? sudahkan rasa ikhlas itu diberikan kepada Ya Rabb? sesungguhnya, nikmat ikhlas itu begitu indah kerana ada tangan-tangan Allah yg terus mengiringi dan akan memberikan pahala yang besar kepada sesiapa saja hambaNya yg ikhlas melakukan amalan ibadat kepadaNya.

moga kita trgolong dalam golongan yg ikhlas dalam melakukan segalanya kerana setiap perkara yg mengikut sunnah Rasulullah mrupakan suatu ibadat. marilah kita ikhlaskan diri untuk melaksanakan sesuatu tanpa perlu ada sekelumit perasaan mngharap balasan daripada yg lain.dan akhirnya ikhlas bererti kita tidak memanggil sesiapa pun untuk mnyaksikan selain daripada Ya Rabb.


You May Also Like

0 comments