Kuliah Maghrib.

by - 6:43 PM

bismillahirrahmanirrahim. assalamualaikum.

okeyy. this time i though about writing something yg berilmiah. :) something untuk share tntang apa yg aku belajar di masjlis ilmu. :) lets get started! :)

masjid merupakan rumah Allah. dan masjid merupakan tempat yg paling mulia di atas muka bumi ini. istana raja yg brada di KL tu pun tak semulia masjid kerana masjid merupakan rumah Tuhan yg telah mncipta serta memberi nyawa kepada kita. setiap langkah ke rumah Allah nie, malaikat akan brdoa kepada Allah untuk mengangkat darjat kita. malaikat juga akan mndoakan untuk pngampunan dosa kita selagi itu dosa kepada Allah dan bukan kepada manusia. doa malaikat tidak patut diperlekehkan kerana doa para malaikat akan dimakbulkan oleh Allah. jadi, janganlah kita pandang enteng kepada semua ini.

nabi pembawa rahmat di atas muka bumi ini. jadi, wafatnya nabi seperti kehilangan satu bahagian daripada tubuh kita kerana baginda merupakan rahmat buat semua. dan ditegaskan dalam Al-Quran islam merupakan agama kasih sayang yg Allah turunkan kepada hambanya. Agama memudahkan sesuatu dan bukan menyusahkan. kita diberi panduan oleh Allah atas sesuatu itu. diturunkan nabi, diturunkan wahyu agar kita tidak sesat. betapa sayangnya Allah pada hambaNya. Janganlah kita melihat islam seperti mana orang buta melihat gajah. mereka memegang belalai dan dikatakan gajah tu panjang. mereka memegang ekor dikatakan gajah itu halus dan mereka memegang telinga dikatakan gajah itu nipis. janganlah menjadi seperti itu sahabat. ambiklah islam dari semua sudut. Islam ada disebut oleh Allah di dalam surah Al-Maidah. Islam merupakan agama yg serba lengkap yg tidak kurang satu pun.

Islam juga ditakrifkan dalam kitab Sheikh Al-Qadarawi yg merupakan ulama' besar dunia sebagai cara hidup yg lengkap yg perlu difahami. di sini juga Rasulullah menuntut kaumnya untuk menjadi orang yg berilmu. kerana jika tanpa ilmu hitam akan disangka putih dan begitu juga sebaliknya. Imam Syafie pernah berkata carilah ilmu dgn penuh kesungguhan kerana ilmu tidak akan diperolehi jika tiada azam yg kuat di dalam diri. Beliau juga berkata ilmu tidak diperolehi dgn jangka masa yg pendek. ia akan mengambil masa untuk mncari ilmu. seorang ulama' besar mencari ilmu selama 30 tahun. beliau berkata 15 tahun beliau hanya bermain dan tiada kesungguhan. setelah 15 tahun, beliau brsungguh dan mula menuntut apa yg dinamakan ilmu. Subhanallah. Maha Suci Allah. beliau merupakan seorang ulama' besar yg mengajar sekarang. Moga dipanjangkan umur beliau untuk kita mnuntut ilmu dgn beliau.

Islam itu sempurna dan tiada cacat cela kerana datangnya islam itu daripada Allah. Allah itu smpurna dan tiada kekurangan padaNya. Selain itu, selama nie kita berzanji tanpa mengetahui apa itu berzanji. berzanji itu merupakan riwayat hidup Rasulullah. :)

#moga post kali nie mndatangkan manfaat buat semua. salah dan silap,kemaafan didahulukan daripada saya yg merupakan insan yg kerdil. Moga Allah merahmati semua.

You May Also Like

0 comments