new life, new environment

by - 10:26 AM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menulis di atas tinta ini. mungkin bukan sesuatu yg ingin dibaca oleh semua tapi inilah kehidupan. pada sesuatu keadaan itu memang ada baik dan ada buruknya. jadi teruskan dgan cerita yg hendak dibawa. :) 

Diberi kesempatan oleh Yg Maha Berkuasa untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej Profesional Mara Kuantan Pahang. Course Dip In Eng Communication. akhirnya peluang dan kesempatan diberi oleh Allah untuk teruskan pembelajaran. Ya Allah bersyukur sangat. 

and now, for all of you yg sama seperti saya mari tambahkan positivity bersama as kehidupan sekarang dah mula berbeza daripada dulu. honestly sy anak ayah. manja sampai almost every things share dgn dia. not everything lah, but almost! and sedih jugak nak pergi daripada dia. tapi sebagai perempuan sampai bila kan? suatu hari nanti kita semua akan bergelar isteri orang, menantu kepada keluarga orang dan mungkin satu hari nanti ibu kepada khalifah di muka bumi Allah ini. terlalu banyak untuk difikirkan tapi terlalu sedikit masa untuk lalai dalam melaksanakan tanggungjawab.

Jadi sebelum pergi mari set bersama! 

-----> Fikiran kena sentiasa POSITIVE.

 Biar apa yg melanda, ingatlah bahawa Rasulullah terlebih dahulu mengalaminya. setiap yg diperjuangkan bukan senang. Rasulullah idola terbaik dalam apa perkara yg kita lakukan. apa sahaja perkara yg sedang kita lakukan fikirkan baginda. Dan pada setiap perkara yg kita rasa SAKIT mengadulah pada Allah. boleh mengadu pada manusia tapi keberkatanNya akan hilang kerana yg memberi rasa itu Dia. jatuh bangun kita biarlah sentiasa bersama dgn Ya Rabb.

-----> Jaga hubungan dgn Allah

betul. bila dah berada di tempat baru suasana baru pelbagai perkara perlu diambil kira. tetapi jika kau jaga ibadatmu maka usahlah risau. Allah pelihara dirimu. dan apabila berada di mana pun sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain. sentiasa hulurkan pertolongan kerana Rasulullah bersabda antara iktikaf di masjid dan membantu orang , membantu orang itu lebih baik. maka hulurkan bantuan walaupun susah. ada hikmahnya tu. Qiam tu kena jaga sbb kalau ada sebarang masalah mohonlah pada Allah. merintih dgnNya dan Allah akan makbulkan semua. ini janji Allah dan bukan janji manusia.

----->Minta maaf pada ibubapa, guru, sahabat.

sebenarnya ini perkara paling penting kerana redha Allah terletak pada redha ibu. sebenarnya bila kita semakin dewasa kita semakin ego dgn ibu kita sndiri. nak minta maaf tapi ego menghalang. itu yg sebenarnya. tiada perlu rasa ego pada org yg mengandungkan kau 9 bulan. guru? kenapa perlu? sbb dialah org yg mngajar kau. kalau tk diminta halalkan ilmu bagaimana nak sambung ke peringkat yg lebih tinggi? mungkin kau berjaya tapi tiada keberkatan di situ. maka minta maaf dan minta dihalalkan. kadang kita tak sedar apabila kita salah, maka mintalah maaf. tak rendah pun martabat kau bila mohon kemaafan org. in fact org pandang mulia.

baiklah, aku akan mula berhenti sekarang. doakanlah aku masih upaya untuk menulis kata2 yg baik di atas tinta ini kerana aku rasa diri ini masih perlu diperbaiki. kalau aku salah maafkanlah aku. moga Allah merahmati ke atas kalian semua. 

till then, communicate w Allah. keep closer to The Creator. Fi sabilillah.


You May Also Like

0 comments