nilai sehelai kain.

by - 3:03 AM

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Nilai sehelai kain. Aku memilih tajuk nie kerana aku inginkan cerita pengalaman aku dgn sehelai kain.

berapa hari yg lepas, aku kena menaiki motor untuk ke KL. kota damansara ke KL mngkin tak berapa jauh tapi perjalanan itu mngambil masa juga jika menaiki motor. oh yaaa, KL tu dekat tugu negara. pergi sana kerana ada urusan. tapi itu tak berapa penting jika hendak dibandingkan dgn apa yg aku rasa semasa pergi tu. sebenarnya ini kali pertama aku menaiki motor ke KL. so a little bit tough for me.

hendak dijadikan cerita, ayah menyuruh aku menutup muka dgn sehelai kain kerana takut ada pasir di jalan yg trkena pada muka atau terkena asap serta habuk apabila berada di sebelah kenderaan yg lebih besar seperti lori. Pada permulaannya diri terasa janggal juga kerana tidak pernah sebelum nie menutup muka atau pun boleh dikatakan sebagai purdah. akhirnya kerana fikirkan itu arahan ayah maka carilah selendang panjang dan hujungnya aku tutup muka.

apabila kenakan kain ini dan berdiri di hadapan cermin, aku berasa kan ada satu kelainan yg aku tak pernah rasa selama nie. aku rasa nak menangis, aku rasa lawa, aku rasa selamat dan pelbagai perasaan yg mana aku tak dapat gambarkan. so tanpa membuang masa aku turun daripada rumah dgn perasaan selamat. dgn perasaan bersyukur kerana aku rasakan aku tidak prlu risau pandangan liar kaum adam di luar sana. aku dan ayah meneruskan perjalanan. And for the beginner like me, yg tak pernah pakai purdah tu memang dapat merasai ertinya purdah tu.

patutlah selama nie kakak angkat nak sngat pakai purdah tetapi disebabkan peraturan univesiti dia trpaksa tangguhkan hasratnya itu. Ya Allah, sepanjang perjalanan aku rasa selamat. aku rasa inilah kali pertama aku keluar rumah dan aku rasa suatu perasaan yg sungguh indah sekali. sekali pun tubuhku semuanya dibaluti dan ditutup, hanya mata sahaja yg kelihatan aku berasa bahagia yg teramat! mahalnya nilai sehelai kain di muka ini pada waktu itu.

sejak dari kejadian itu, aku tanamkan azam. aku ingin memakai purdah itu. dan mungkin selepas aku bernikah dan mempunyai suami. apabila kita dah mengenakan pudah kita akan malu untuk bermain mata dgn lelaki, kita akan malu untuk memakai pakaian yg ketat, kita akan malu untuk memikirkan dia yg tak halal untuk kita. Jadi, selepas aku bernikah aku ingin menjaga semua kurniaan Allah ini dgn lebih rapi. Insyallah.

Aku ingin memakainya sekarang namun apa kan daya. tak lama lagi aku akan menyambung pelajaran di mana institusi itu tidak membenarkan pelajarnya memakai purdah. Ya Allah, dugaan. tapi selagi hayat dikandung badan niat untuk berubah mesti ada. :')

p/s: maafkan saya atas tulisan yg tak seberapa dan kata yg berbelit dan sukar untuk difahami.


Moga Allah rezekikan sekali lagi nilai sehelai kain ini kepada aku .

You May Also Like

0 comments