Allah lebih Mengetahui.

by - 8:22 AM

bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum. :')

baiklah. kali ini,aku ingin menulis lebih tentang perasaan aku. aku serabut. dan aku tau Allah sygkan aku kerana itulah Dia memberi semua nie kepada aku. sbnarnya,aku ada seorang kawan. bagi aku,kalau dah seseorang tu add kat fb dan dah pernah chat dgn aku, aku anggap dia kawan baik aku. kawan yg boleh dipercayai atau lebih senang org yg kita dah biasa berborak. aku dah anggap cm kawan! dan itulah aku. mudah didekati dan dalam masa yg sama aku cepat sngat terasa. kadang2 aku fikir aku terlalu menjaga hati org smpai org lupa untuk menjaga hati aku. dahlah.

sabtu. dia datang dan untuk kali pertamanya aku bersua muka dgn dia sejak kami berkenalan di fb. aku menjangkakan perkara yg lain daripada dia. tapi,sejak kali pertama bersua aku dapati dia lain daripada apa yg aku fikir. aku ingatkan aku akan jumpa dia dalam keadaan yg kemas dan bersopan. dugaan aku jauh terpesong. tapi,aku terima. itulah dia. takkanlah aku nak ubah dia pulak. menjelang zuhur,aku berjumpa dia. sekali lagi,aku dikejutkan oleh tindakan dia yg bagi aku merunsingkan aku. dia bersongkok dan berpakaian agak kemas kali nie. kadang2 aku merasakan dia mempunyai dua personaliti. mungkin pandangan aku je kot. kali nie,janji termeterai antara aku dan dia. aku berjanji untuk memberikannya gula-gula. gula-gula menjadi titik perbualan antara aku dan dia. pelik. tapi,itulah kenyataannya. malamnya,aku ada tazkirah di surau. aku ingatkan dia tak turun. rupa2nya depan aku je. dia berada di garisan 112 darjah daripada aku rasanya. fikir sendirilah ye. susah aku nak explain. malam itu,ustaz tu buat lawak memang tak ingat dunia. aku dan kawan2 gelak sampai rasa cm nak pecah perut. tapi,dia boleh je steady. tak gelak but just snyum nipis. mcm tak percaya itu dia sbb bila dia kat luar dia nampak lain sngat. bila kat luar,dia bergurau sakan. tp,di dalam surau dia nampak berbeza. aku harus akui aku suka akan sikap dia yg satu itu kerana sesungguhnya aku pun tak boleh bersikap begitu. tenang di dalam surau. yg paling aku tak tahan ialah apabila aku melihat air mata di birai matanya. kalaulah aku mampu memberikan sehelai tisu. okey, yg nie dah mula nak mengada. aku cakap je. tapi,aku tak buat okey?

ahad.baiklah. hari terakhir aku dan dia. tiba2 rasa tak nak balik rumah. hehee. mengada! aku rasa aku dah mula memanjakan nafsu aku. yelah,nak lebih2 pulakkan. baiklah. dia tak pergi kelas bio hari nie sbb dia ambik LK. pada sape yg tak tau apa itu LK,search google. malas nak tafsirkan. then,smua org tnya pasal dia. pelik betul. kuasa apalah yg ada pada dia. hehe. sesuka hati je ckp cmtukan? hehehe. waktu sebelum kelas chemist mula td,aku tepati janji aku. gula2. aku bagi dia. then,dia cakap terima kasih. kalaulah dia ingat sape aku. kalau dia ingat. tp,aku tak rasa dia ingat. lantaklah. dia pasti ad sbb tersendiri kenapa dia buat cmtukan? aku trsntuh bila dia buat akronim sejarah 'bila nak balik?' dalam fikiran aku cuma ada dua perkara sahaja. pertama,adakah dia kebosanan shingga dia perlu menulis begitu? kedua,adakah dia terlalu merindui keluarga dia? pendapat kedua bagi aku lebih kuat untuk dia dan kawan2 dia. entahlah. perasaaan manusia. takkanlah aku pulak yg nak melebihkan?

dahlah. aku rasa semua dah terbeliak biji mata baca post aku nie. panjang berjela. mesti ramai yg dah trtidur smbil baca. huhhh. aku cuma ingin tegaskan aku bukan seperti org lain. aku nak kawan2 aku saling bertegur walaupun hanya kenal di fb kerana aku memang semulajadinya suka membuat kawan. tp,dia pasti ada alasan trsendiri. dan Allah lebih Mengetahui. aku serahkan kepada Allah untuk menenangkan hati aku. :') kerana Dia lebih Mengetahui.

moga aku dan dia terus menjadi kawan yg saling menasihati kerana Allah. dan moga aku dan dia bersahabat keranaNya. Amin. :')

nukilan,
farhana,


aysk. 11/3/2012.

You May Also Like

0 comments